DYNAMICDISC™ BEHAVIOURAL COACH CERTIFICATION PROGRAM

Program pentauliahan 2 dalam 1: Menjadi seorang coach bertauliah yang mempunyai kemampuan untuk menganalisa tingkah laku manusia menggunakan teknologi profail diri dengan ketepatan 88%.

Master Class Pentauliahan Coach Tingkah Laku DynamicDISC™ (Certified DynamicDISC™ Behavioural Coach) adalah program pentauliahan yang akan memberikan pengetahuan berstruktur bagaimana mendalami tingkah laku dan tabiat manusia. Program ini direka bentuk dengan 3 kemahiran utama menggunakan alat ADVANCE yang perlu ada pada seorang pembangun potensi manusia. Kemahiran yang akan dikongsikan adalah:

  • FAHAM: Memahami secara mendalam konsep DynamicDISC™ dan menjadi pakar DISC.
  • ANALISA: Dapat menganalisa graf Profil Tingkah Laku DynamicDISC™ secara terperinci dan berkesan.
  • INTERVENSI: Kemahiran Memudah Cara dan Coaching menggunakan Profil Tingkah Laku DynamicDISC™

DynamicDISC adalah alat kajian tingkah laku dan tabiat yang Advance dengan ketepatan 87%. Ia adalah berdasarkan kajian yang dibuat oleh Dr. William M. Marston, seorang pakar psikologi dan pencipta mesin pengesan penipuan pertama yang menjadi asas kepada penciptaan mesin-mesin lain seumpamanya di seluruh dunia.

Adakah Menggunakan Sistem DISC ini Bertilik Nasib?

Pandangan ini adalah pandangan yang selalu ditanyakan dan terlintas dalam minda pengguna. Ia berbeza daripada kaedah kajian personaliti menggunakan meta fizik. Analisa Profil DynamicDISC™ adalah satu kaedah saintifik yang dijalankan berdasarkan teori akademik berkenaan psikologi yang ketat.

Kajian empirikal dan analitikal dilakukan oleh pakarnya Dr. William Marston hingga beliau dapat pelbagai penemuan terbaik, antaranya mesin pengesan penipuan, mencipta watak komik terkenal Wonder Woman dan yang paling hebat Analisa Profil DISC. Hasil kajian ini diadaptasi oleh para pakar personaliti ke dalam bentuk sistem analisa profil yang ada sekarang.

Bagaimanakah DISC Menilai Manusia

Setiap individu melalui satu sesi Analisa Profil Tingkah Laku DynamicDISC™ yang mempunyai 24 kumpulan pernyataan. Mereka wajib memilih kecenderungan yang paling dekat (LEBIH) dan paling jauh (KURANG) dengan diri berdasarkan pernyataan diberikan. Sesi analisa ini berlangsung selama 7 minit sahaja. Kenapa? Ada rahsianya 

Hasil daripada proses analisa ini, ia akan membentuk 3 graf iaitu GRAF GAYA SEMULA JADI, GRAF GAYA PENGUBAHSUAIAN dan GRAF GAYA PENSTABILAN.

Apa Kaitan Graf DISC dengan Personaliti Manusia?

Ini yang menarik. Pada mulanya saya pun bertanya soalan yang sama. Benarkah graf ini mampu baca personaliti manusia?

Baik! Saya terangkan satu persatu.

Penerangan lanjut graf-graf ini adalah seperti berikut:

GRAF GAYA SEMULA JADI

Graf yang berada di sebelah kanan sekali, ini adalah graf yang digelar GRAF FITRAH individu itu. Ia terhasil daripada proses seseorang individu dibesarkan dalam persekitaran tertentu. Pengaruh ayah ibu, pengaruh persekitaran rumah tangga, pengaruh adik beradik, pengaruh cara dilayan, pengaruh cara dididik hinggalah beliau dewasa. Graf ini adalah graf yang menunjukkan kedalaman setiap karakter apabila berada dalam suasana kondusif di luar ruang kerja.

GRAF GAYA PENGUBAHSUAIAN

Graf ini berada di sebelah kiri sekali. Graf ini menggambarkan karakter dan personaliti individu apabila berada dalam ruang kerja. Bagaimana dia menyesuaikan diri dengan suasana kerja, tugasan diberikan, berinteraksi dengan para pelanggan, rakan sekerja dan orang atasan.

GRAF GAYA PENSTABILAN

Graf ini berada di tengah-tengah. Graf yang menggambarkan bagaimana individu menyesuaikan diri dengan situasi tekanan. Sama ada tekanan itu daripada luar ataupun dalaman diri.

Titik-Titik Pada Graf DynamicDISC, Apa Maknanya?

Apabila melihat pada graf ini, kita dapat melihat ada titik-titik berwarna gelap. Ini adalah titik-titik yang menunjukkan kedalaman setiap karakter D (Dominance), I (Infuence), S (Steadiness) dan C (Compliance). Daripada kedalaman faktor inilah kita dapat membongkar ‘misteri dan rahsia’ di sebalik personaliti manusia. Menarik bukan? 

Ingin menjadi pakar yang dapat mendefinisikan setiap faktor ini? Baca seterusnya.

Sebelum hadir saya agak bimbang kerana ada persepsi tentu susah untuk pelajari ilmu DISC ini. Namun Tuan Fauzul sebagai trainer berjaua memberikan penerangan jelas dan mudah difahami. Ia menyebabkan saya lebih yakin untuk mengaplikasikan DISC ini. Saya akan menggunakan ia dalam amalan sumber manusia di organisasi saya. Saya akan melihat semula semua profil warga kerja di bawah seliaan saya. Seterusnya merangka dan melihat kesesuaian profil pasukan setiap bahagian dalam organisasi saya. Semoga ilmu DISC ini dapat dikembangkan dan dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat.

Rina Aktavia Amril
Pengurus Sumber Manusia, KOIMAN

Sebelum hadir saya agak bimbang kerana ada persepsi tentu susah untuk pelajari ilmu DISC ini. Namun Tuan Fauzul sebagai trainer berjaua memberikan penerangan jelas dan mudah difahami. Ia menyebabkan saya lebih yakin untuk mengaplikasikan DISC ini. Saya akan menggunakan ia dalam amalan sumber manusia di organisasi saya. Saya akan melihat semula semua profil warga kerja di bawah seliaan saya. Seterusnya merangka dan melihat kesesuaian profil pasukan setiap bahagian dalam organisasi saya. Semoga ilmu DISC ini dapat dikembangkan dan dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat.

Arief Suparjo
Trainer, Fadzillah Kamsah Academy

Adakah Kajian Personaliti Ini Sudah Teruji?

Analisa Profil DISC ini sudah diguna pakai secara menyeluruh di seluruh dunia. Tidak kurang 1 juta laporan analisa psikometrik DISC dikeluarkan per tahun di seluruh dunia.

Pengalaman kami di Malaysia, alat ini diguna secara intensif dalam program-program kendalian kami.

Antaranya program Transformasi 1TNB di bawah kendalian Tenaga Nasional Leadership Development Center yang dinamakan Intervensi Better.Brighter. Ia menjadikan Analisa Profil DynamicDISC™ ini sebagai alat membangunkan perhubungan dan kepercayaan antara satu sama lain. Sehingga sekarang sebanyak 11,000 warga kerja Tenaga Nasional sudah melalui sesi analisa psikometrik DynamicDISC™.

Ia juga digunakan untuk membangunkan potensi 1,200 orang warga kerja Kolej Poly-Tech MARA seluruh Malaysia.

Ingin Menjadi Pakar Personaliti dan Karakter Diri?

Berdasarkan pengalaman kami mengendalikan sesi-sesi coaching Analisa Profail Tingkah Laku DynamicDISC™, pelbagai penemuan menarik ditemui. Impak positif kepada para pelanggan amat menggalakkan. Perubahan pada diri mereka hasil mengenai karakter dan potensi diri bukan sahaja memberikan kesan langsung pada diri, tetapi juga keluarga dan organisasi tempat mereka bekerja.

Hasil daripada inilah kami sentiasa berusaha untuk menaik taraf sistem daripada masa ke semasa untuk memastikan ia dapat memberikan impak terbaik buat individu, organisasi dan masyarakat umumnya.

Sekarang kami ingin berkongsi ilmu dan sistem berkuasa tinggi ini dengan lebih ramai orang di luar sana. Maka lahirlah program Pentauliahan Coach Tingkah Laku DynamicDISC™ (DynamicDISC™ Behavioural Coach Certification Program) ini.

Antara Pelanggan yang Menggunakan Sistem Analisa Psikometrik DynamicDISC™

MasterClass Pentauliahan Coach Tingkah Laku Profail DynamicDISC™

9  hingga 15 April 2018

7 Hari: 5 hari kelas ONLINE | 9 Februari hingga 13 April 2018 & 2 hari OFFLINE | 14 & 15 April 2018 Jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang

Kelas OFFLINE diadakan di FINE Learning Center, 9-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur 
Google Map Search: FINE Academy

Apakah Pengisian Program?

Program ini direka bentuk untuk melahirkan pakar analisa dan coach Tingkah Laku DynamicDISC™ yang berkaliber. Ia terbahagi kepada 9 modul komprehensif.

  • Modul 1: Memahami Pembentukan Personaliti, Tingkah Laku &Tabiat

    Manusia adalah insan penuh misteri. Para peserta akan didedahkan dengan perjalanan hidup manusia yang membentuk personaliti, tabiat dan tingkah laku. Apakah kesan DNA dan persekitaran kepada manusia? Bagaimana fasa-fasa kejadian manusia hingga membentuk dirinya.

  • Modul 2: Pengenalan Tentang DISC & Sistem DynamicDISC™

    DISC adalah satu kajian personaliti dengan ketepatan 87%. Ia adalah hasil kajian dibuat secara mendalam oleh pakar psikologi bernama Dr. William Marston. Pada sesi ini, para peserta akan didedahkan satu demi satu pendefinisian Dominance, Influence, Steadiness dan Compliance. Mereka akan mula berkenal-kenalan dengan graf 3 Gaya DISC serta perinciannya.

  • Modul 3: Memahami Personaliti Dengan Sistem DynamicDISC™

    Pada ketika ini peserta sudah mengenali apa itu DISC. Setiap peserta akan diterangkan makna setiap pergerakan dalam graf. Apa yang akan berlaku apabila ia berubah ke atas dan apa kaitan dengan karakter manusia. Mereka akan dibuka ‘hijab’ keajaiban graf DISC, pada ketika ini pastinya mereka akan terpukau dengan kehebatannya.

  • Modul 4: Kaedah Mentadbir dan Menganalisa Menggunakan Profil Tingkah Laku DynamicDISC™

    Mereka akan mula diperkenalkan dengan kaedah mengendalikan sesi analisa profil DynamicDISC™ bersama bakal peserta. Langkah demi langkah diterangkan bagi memastikan para peserta dapat mengendalikan sesi ini dengan efektf.

  • Modul 5: Diagnosis Graf Profail Tingkah Laku DynamicDISC™

    Sesi ini setiap peserta akan mula mengaplikasikan DISC terhadap diri mereka dan ahli-ahli yang hadir dalam sesi ini. Mereka akan mengaplikasikan setiap pengajaran di bawah pemantauan mentor yang mengendalikan kursus. Setiap bentuk graf yang khas dijelajahi, lebih banyak rahsia berkenaan karakter dan personailiti manusia akan terbongkar.

  • Modul 6: Aplikasi Profail Tingkah Laku DynamicDISC™

    Ini adalah sesi yang paling kritikal bagaimana mengaplikasikan DISC dalam kerjaya, dalam temu duga, pemilihan kerjaya terbaik, pemilihan ahli pasukan terbaik, padana  kerjaya, padanan pasukan dan banyak lagi.

  • Modul 7: Asas Coaching Menggunakan Profail Tingkah Laku DynamicDISC™

    Sesi ini akan memperkenalkan para peserta pada dunia coaching dan mentoring. Para peserta akan dapat membezakan antara kedua-duanya dan bagaimana setiap satunya berfungsi dalam dunia kerjaya. Para peserta juga akan mempelajari THE ART OF QUESTIONING, asas penting dalam menjalankan sebuah sesi coaching dan mentoring efektif.

  • Modul 8: Faktor Motivasi Manusia

    Dalam sesi ini, para peserta akan mendalami dua faktor utama penggerak kepada manusia iaitu TRAIT MOTIVASI dan TRAIT KERJA yang berada di bahagia Minda Separa Sedar. Para peserta juga akan mempelajari kaedah komunikasi yang sesuai dengan setiap trait untuk mengendalikan sesi coaching dan mentoring yang berkesan.

  • Modul 9: Pengendalian Sesi Intervensi Coaching

    Pada modul ini, para peserta didedahkan dengan sesi intervensi coaching yang berkaitan dengan kerjaya dan hidup. Ini mempersiapkan diri peserta untuk menjadi coach hidup dan kerjaya menggunakan Profail Tingkah Laku DynamicDISC™.

Antara perkara yang didedahkan melalui alat penilaian psikometrik DynamicDISC™ ini adalah:

  • Penilaian personaliti diri yang lengkap.
  • Mengenal pasti kekuatan paling utama pada seseorang individu.
  • Memahami tingkah laku dan motivasi diri.
  • Memahami gaya komunikasi individu.
  • Memahami gaya membuat keputusan.
  • Celik minda mengenai perkembangan kerjaya dan profesional.
  • Celik minda mengenai pengembangan kerjaya masa hadapan (ruang kerjaya baru masa hadapan).
  • Tip dan strategi untuk komunikasi dan pembentangan.
  • Kaedah terbaik untuk memimpin orang lain.
  • Apa yang patut ditekankan apabila bersama orang lain.
  • Strategi membina hubungan baik dengan orang lain.
  • Mendalami personaliti diri melalui graf.

Pihak kami amat menjaga kualiti pentauliahan ini. Pada setiap satu modul yang dibentangkan, para peserta akan melalui sesi penilaian berbentuk soalan objektif, soalan terbuka dan pengendalian sesi analisa profail Tingkah Laku DynamicDISC™ bersama peserta lain. Ini bagi memastikan para peserta benar-benar memahami setiap pelajaran dalam kursus dan boleh mengaplikasikannya selepas kursus.

Apabila Anda ditauliahkan di akhir kursus ini, Anda akan dapat menjadi pakar personaliti dan menawarkan perkhidmatan berikut:

  • Menggunakan sistem DynamicDISC™ ke dalam program pembangunan diri, kepemimpinan dan gerak kerja berpasukan
  • Membuat analisa padanan kerjaya bagi tujuan pengambilan pekerja dan penstrukturan kerja.
  • Analisa pasukan dengan kaedah Analisa Profil Pasukan DynamicDISC™.
  • Interaksi terancang antara dua individu bagi memudahkan kerja lebih berkesan.
  • Adaptasi gaya kepemimpinan untuk hasil maksimum.
  • Membaca orang lain seumpama membuka buku - menggunakan pemerhatian bagi mencari jalan terbaik membuat hubungan.
  • Analisa potensi tekanan - bagaimana situasi dan suasana disesuaikan dengan personaliti.

Saya dapat menambah nilai positif dalam diri serta dapat membantu orang lain melalui program ini.Saya dapat mengenal diri dan profil orang lain.

Siti Sabariah Salihin
Perunding Imej Profesional

Saya suka program ini sebab dapat gambaran yang jelas tentang Dynamic DISC dan dapat mengenal,membaca dan mengadaptasi profil tingkah laku manusia. Program ini membuatkan saya dapat pengetahuan baru tentang DynamicDISC

Mohamad Solhi Sharif
Pengarah Urusan, UWAiS Followership Academy

Saya dapat tahu dengan lebih mendalam tentang DISC dan penerangan yang sangat jelas daripada trainer.Program ini membuatkan saya terfikir tentang coaching yang pernah dibuat sebelum ini.

Jamil Bin Wahab
Master Coach & Professional Learning Facilitator

Trainer menjelaskan modul yang disampaikan dengan jelas dan praktikal.Program ini membuatkan saya lebih mengenali karakter orang dan bagaimana untuk memanfaatkannya

Rozaidi Jamaluddin
Pengurus FINE Carz N Houz

Apakah yang Anda Akan Peroleh?

  • Tauliah dan Keahlian MasterClass Coach Tingkah laku DynamicDISC™ serta akses ke portal Kelas Online Master Class
  • Nota dan Buku Kerja Master Class
  • Akses kepada Sistem Profail Tingkah Laku DynamicDISC dengan PERCUMA 5 kredit Laporan Analisa
  • Akses kepada Grup Perbincangan Online Eksklusif Coach Tingkah Laku DynamicDISC™
  • Boleh Sertai Semula *Kelas MasterClass Secara PERCUMA
  • Peluang menjadi Associate Trainer untuk mengendalikan sesi bersama syarikat kami.

Sertai Sekarang Untuk Memperoleh Keistimewaan Early Bird

Lebih menarik, apabila mendaftar sekarang,  Anda akan memperoleh kadar Early Bird (Hingga Sebelum ataupun pada jam 12.00 malam, 31 Mac 2018)

Kadar asal

RM2,500

Apabila Anda mendaftar sekarang Anda dapat menyertainya pada kadar

RM1,000 sahaja

(Kadar sehingga jam 11.59 malam 31 Mac 2018)

DISCLAIMER

Program ini adalah pentauliahan profesional yang disediakan oleh pengasas Sistem DynamicDISC™.  Ia juga ditambah nilai berdasarkan teori dan pengalaman sebenar Master Trainer DynamicDISC™ Tuan Fauzul Na’im Ishak selama lebih 6 tahun dalam kajian personaliti dan karakter diri. Apa yang kami janjikan ialah ilmu yang anda boleh gunakan secara langsung dalam kehidupan, keluarga, bisnes dan kerjaya Anda. Kami tidak menjanjikan sebarang kenaikan jualan secara mendadak selepas menyertai program ini namun ianya tidak mustahil! Seminar ini bakal memberi impak positif kepada diri, kerjaya dan organisasi Anda jika ilmu yang diajarkan digunakan sebaiknya. Testimoni yang dipaparkan adalah daripada pelajar Program Pentauliahan Penganalisa Profil DynamicDISC™ yang sebenar.

Sertai kami selagi pendaftaran ini dibuka. Kuota terhad untuk 20 orang peserta sahaja.

UNTUK PENYERTAAN, ISI BORANG DI BAWAH.

Sebarang perkara berbangkit dalam proses mengisi borang ataupun membuat bayaran,

Sila (WhatsApp/Telegram sahaja) ke +6016 2605501 (Puan Nurul) ataupun  hubungi pejabat kami di +603 4149 2560